Subscribe via RSS Feed

Give Away Blogger 4 digit

Blogger 4 digit merupakan Give Away saya sebagai sumbang balik dalam bentuk ilmu kepada komuniti blogger di Malaysia.

Saya tidak ingin mengenakan sebarang bayaran kerana penerokaan saya pada suatu ketika dulu adalah pahit. Ramai ebook berbayar yang saya beli cuma bungkusannya sahaja gempak.

Dalam ebook percuma blogger 4 digit, akan saya kongsikan bagaimana seorang blogger boleh membuat duit dengan adsense sehingga 4 digit tiap-tiap bulan.

Sebahagian receipts Western Union saya simpan untuk dijadikan kenangan lol :

Sedikit intro mengenai diri saya

Nama saya Eldy Voon, seorang pelajar yang tengah menuntut di Limkokwing University. Saya bermula blogging sejak tingkatan 6 sebagai hobi. Di samping blogging, saya juga berminat dalam internet marketing. Saya merupakan ex-pemain PTC, affiliate, nuffnang, says, churp-churp, innity dan sebagai.

Namun saya mendapati kegemaran saya ialah Adsense. Sebabnya Adsense dimiliki oleh Google, dan merupakan platform advertising yang paling besar di dunia, maka bayaran kepada publisher adalah terlumayan dan paling berbaloi.

Give Away Blogger 4 digit

Isi kandungan ebook Blogger 4 digit

Perkongsian saya tidak akan tumpu pada perkara teknikal sebab saya percaya ramai tidak menghadapi masalah tersebut. Saya ingin berkongsi syarat dan prinsip membina hubungan menang-menang dengan Google.

Saya akan banyak mendedahkan realiti dan persoalan berdasarkan keadaan blogger Malaysia sekarang :

  • ‘Bagaimanakah satu click boleh mencecah RM1 dengan Adsense? Jauh berbanding dengan RM0.25.’
  • ‘Jenis website yang sesuai untuk dipasang Adsense.’
  • ‘Adsense dalam blog Bahasa Melayu? Lihat penjelasan dari specialist Google sendiri.’

Ramai blog yang berjaya mempunyai trafik tinggi tetapi tidak ketahui nilai di sebalik itu, jadi akibat daripada itu mereka tidak dapat menikmati pulangan yang sewajarnya mereka miliki.

 

Syarat-syarat dan langkah penyertaan :

i) Memilik blog yang berusia tidak kurang dari 3 bulan. Demi keadilan semua, adalah dilarang menggunakan blog baharu yang ditubuhkan sengaja semata-mata untuk give away ini.

ii) Menuliskan sebuah post di blog anda dan menyatakan sebab ingin memiliki blog / website yang mampu menjana pendapatan tinggi. Dalam post tersebut buat satu backlink ke post ini (http://www.jejaktrend.com/give-away-blogger-4-digit). Gaya penulisan adalah bebas.

Cth: saya ingin tukar handphone tiap=tiap bulan kalau boleh dengan income dari blog.. contoh jer la haha!

iii) Tambah www.jejaktrend.com dalam blog list / friend list. Blog yang terpilih berpeluang dimasukkan dalam blog list blog jejaktrend yang bakal ditambah di sidebar nanti.

Penghantaran borang penyertaan :

Your Name (required)

Your Email (required)

Blog post URL(required)

* Hanya penyertaan yang memenuhi syarat saja akan dapat menerima ebook percuma ini. Saya akan buat penghantaran secara batch, jadi diminta tunggu yang lain yang berminat okie :)