Subscribe via RSS Feed

Pengalaman part time jadi kuli jual kasut

Terdesak dengan wang saku yang amat sikit, aku koyakkan kulit muka bekerja sebagai seorang sales assistant di sebuah kedai jual kasut. Masa itu masa aku masih tingkatan 5, masa itu SPM bagi aku masih jauh.. apa yang dalam fikiran aku pada masa itu ialah quick cash.

Sebelum itu aku ceritakan overall picture of the story. Aku bangun pada pukul 6 lebih awal pagi, bertolak dengan mencuba nasib bus yang mungkin akan terlepas. Dalam bus tiap-tiap hari aku termenung, bukan 15 minit tapi sejam akibat jam. Prasrahlah aku dalam masa sejam itu, apakah daya..

Setiba di tempat kerja, diary kuli bermula. Bersama-sama kuli yang lain, bersiap sedia untuk buat duit untuk tauke. Tapi bosannya kebanyakan masa aku berdiri seperti patung bila tiada pelanggan ; bosan juga services customer tapi duit masuk pocket boss haha..

Aku sedar aku perlu buat sesuatu selepas ini, aku tak rela menghabiskan masa aku di sini sebab sepuluh tahun aku di sini, aku tetap seorang kuli jual kasut, begitulah nilai aku – RM15 per day gaji.

Pengajaran yang telah aku pelajari

kuli

- Boss boleh jadi boss sebab dia tidak seperti pekerja, dan dia betul-betul mahir dalam sesuatu.

- Boss tidak akan kasihankan kamu. Aku pembuat duit untuknya semata-mata, selagi aku rela untuk berbakti untuknya sebegitulah fungsi aku dalam matanya. (Apa boleh buat, anaknya lahir lalu ditakdirkan menerusi bisnes besar itu..)

- Masa aku adalah lebih mahal apabila aku tidak menggunakannya untuk mencari duit short term. Aku mahukan keputusan cermelang dalam SPM! Aku tak nak ikan kecil, aku nak melepaskan benang yang panjang. (Jangan bangga aku nasihatkan kepada yang bersmartphone hasil duit kerja part time di kafe, kau tunggu siji ijazah aku hehe)

- Aku tidak harus membazir walaupun sesen, melabur dengan bijak kerana aku tidak akan selalu ada duit untuk makan KFC.

- Aku mesti selalu renung kembali saat pahit dan payah sebagai kuli kasut ini agar aku sentiasa bersedia, dan membuat perkara yang patut aku buat, agar tidak kembali ke posisi yang sama kelak. Contoh : membaca buku menimba ilmu tetapi tidak bermain komputer game.

- Aku tidak akan patah hati kerana status dahulu aku seorang penjual kasut. Mungkin ia kelihatan gagal, tapi ingat.. orang yang berjaya ialah mereka yang gagal banyak kali! Jangan takut akan kegagalan, apatah peluang untuk gagal aku pula gerun.

Closing : Kepada yang bekerja susah tapi bergaji sedikit, ketabahan kau perlu dikekalkan, dan paling penting kau sedang membuat persediaan untuk keluar daripada situasi resah itu. Contohnya kau seorang kuli angkat bagasi di airport, bagaimanakah kau layak untuk menjadi seorang pekerja office? Tingkatkan nilai kau hari demi hari, buatlah apa yang patut jikalau kau ingin berubah.

Apa yang kau buat hari ini menentukan apa yang kau bakal jadi di masa hadapan!

Incoming search terms:

  • bekerja sebagai kedai kasut

Category: Uncategorized