Subscribe via RSS Feed

Destinasi cuti Malaysia terbaik 2013

Destinasi cuti Malaysia terbaik 2013

Malaysia antara destinasi terbaik percutian yang menjadi pilihan ramai pelancong. Malaysia telah menduduki tempat kedua terbaik selepas Singapura di kalangan negara ASEAN bagi sektor pelancongan. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Malaysia sering menjadi kunjungan pelancong terutama pada musim cuti kerana pelbagai tempat-tempat menarik di setiap negeri yang disediakan khusus untuk orang ramai. Bagi yang mengimpikan percutian hebat dan sempurna, di sini kami menyenaraikan beberapa destinasi menarik percutian di Malaysia!!

malaysia cuti 2013

- Melaka
Melaka terkenal dengan tempat bersejarah dan destinasi pelancongannya yang menarik. Setiap pengunjung yang berkunjung ke Melaka tidak akan berasa rugi kerana boleh merasai sendiri pengalaman yang berharga sewaktu bercuti ke sana. Melaka terkenal dengan sejarah, warisan budaya dan seni yang tersendiri. Antara tempat-tempat menarik di Melaka seperti Zoo Melaka, Menara Taming Sari, Melaka River Centre, Kota A Famosa, Bangunan Stadhuys, Dataran Pahlawan, Taman Buaya Melaka dan banyak lagi. Melaka menjadi destinasi terbaik percutian kerana tempat-tempat yang ada di sana merupakan kesan peninggalan sejarah dan keistimewaannya sangat diiktiraf. Bagi yang ingin mendalami sejarah kota Melaka sudah semestinya menjadikan negeri ini sebagai destinasi mereka.

- Johor
Johor telah menjadi negeri ketiga yang termaju di Malaysia. Negeri Johor juga merupakan pusat membeli belah yang popular selain Kuala Lumpur. Selain pergi membeli belah pengunjung bolehlah mengambil kesempatan untuk melawat destinasi-destinasi menarik yang terdapat di Johor.  Lokasi yang sering menjadi kunjungan pelancong misalnya Air Papan di Mersing, Taman Negara Endau-Rompin, Gunung Berlumut, Pulau Tioman, Gunung Panti dan yang terbaru iaitu Legoland (baru dibuka pada tahun 2012, terletak di Nusajaya). Legoland merupakan tempat permainan dan hiburan bertemakan lego. Setakat ini, Legoland telah mendapat ramai kujungan pelancong dan menjadi satu-satunya Taman Tema Kebangsaan Malaysia yang pertama.

- Sabah
Selain itu, Sabah mempunyai tempat-tempat menarik misalnya pusat peranginan. Sabah dikatakan memiliki keindahan semulajadi bertaraf dunia dan diiktiraf menjadi destinasi pilihan pelancong. Di Sabah, ada banyak tempat menarik yang mesti di kunjungi misalnya di Kota Kinabalu. Ketika berada di sana, pengunjung boleh melakukan aktiviti seperti membeli belah, mendaki gunung dan makan di tempat-tempat menarik. Pusat membeli belah yang terdapat di Kota Kinabalu menambat hati pengunjung bagi yang gemar berbelanja. Pusat membeli belah yang agak besar dan luas ditambah pula dengan pilihan barangan menarik. Di Sandakan pula banyak tempat-tempat yang boleh dikunjungi kerana ianya merupakan bandar kedua terbesar selepas Kota Kinabalu. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok antara lokasi percutian yang terdapat di Sandakan. Pengunjung yang inginkan pengalaman yang berlainan bolehlah melawat ke Memorial Perang Dunia Pertama. Di sini terdapat pameran cerita dan sejarah peperangan zaman dulu. Bunga-bunga teratai di tasik juga boleh didapati di sana.

- Pulau Pinang
Negeri ini tidak asing lagi sebagai destinasi pelancongan terbaik di Malaysia. Komta misalnya merupakan gedung membeli belah yang menjual baju, kasut, alat permainan dan bermacam-macam lagi. Komta merupakan pusat membeli belah yang besar dan luas, memiliki 65 tingkat untuk menempatkan pejabat kerajaan negeri. Barang-barang yang dijual agak murah dan ini menarik minat pelancong untuk berkunjung. Tempat lain yang turut menjadi tarikan ialah Batu Feringghi. Merupakan sebuah pantai yang popular di Pulau Pinang. Pelancong asing gemar melancong dan bermalam di sini kerana hotel bertaraf 5 bintang boleh didapati dengan mudah. Kemudahan tempat tinggal seperti hotel memberi keselesaan dan kepuasan kepada pelancong untuk menginap. Pulau Pinang tidak hanya tertumpu kepada lokasi menarik malah pengalaman menaiki feri juga adalah sesuatu yang diingingkan. Pantai yang bersih dan makanan yang lazat menjadi pilihan utama. Pengunjung dapat menikmati keenakan makanan Pulau Pinang seperti Nasi Kandar.

Sumber : pilihanrayaumum.my

Incoming search terms:

  • percutian terbaik di malaysia

Category: Lifestyle