Subscribe via RSS Feed

Kata-kata mutiara / Quotes Ustaz Azhar Idrus

Kata-kata hikmah atau mutiara (atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai quotes) Ustaz Azhar Idrus semakin popular disebarkan di Facebook. Ustaz Azhar Idrus juga cukup terbuka untuk menjawap soalan yang ditanya di Facebook page beliau.

Ustaz Azhar Idrus antara ustaz yang mahir menggunakan jalur lebar untuk kebaikan. Ramai peminat Ustaz Azhar Idrus puji beliau pandai memberikan nasihat menggunakan kata-kata mutiara yang lucu tapi tidak cetek makna tersiratnya..

Biodata Ustaz Azhar Idrus:

  • Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
  • Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
  • Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
  • Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
  • Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Quotes Ustaz Azhar Idrus

ustaz-azhar-idrus-kata-kata

  • Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
  • Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
  • Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
  • Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
  • Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
  • HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
  • Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya.
  • Perkahwinan paling berkat – Yang paling murah mas kahwin paling murah belanja.
  • RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker, serba-serbi reti (agama dll)
  • HARAM wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah. Tinggal 1 waktu 6 ribu tahun bakar dalam neraka.
  • Lelaki soleh digalkkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh
  • Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia)
  • Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok.
  • Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.
  • Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayang dia sekali.
  • Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.
  • Hukum bercinta sebelum berkahwin adalah HARAM kerana bukan dari sunnah Nabi.
  • Cinta, Kasih, Nak bergalok, adalah selepas nikah baru seronok,
  • Dop Payah nikoh ni, bende yang mudoh.

Dijemput copy untuk menyebarkan Kata-kata mutiara / Quotes Ustaz Azhar Idrus ini :)

Incoming search terms:

  • ustaz azhar idrus
  • kata kata ustaz azhar idrus

Category: Uncategorized