Subscribe via RSS Feed

Chong Wei khawin 2013

Datuk Lee Chong Wei mengumumkan bahawa beliau akan berumah tangga pada tahun 2013 selepas media mengambil tahu akan persediaannya di Olimpik London yang bakal dihadapinya nanti.

“Pasangan saya adalah ahli sukan dan wartawan mungkin tahu orang itu,” katanya selepas ditauliahkan sebagai Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).

Yang menariknya niat Chong Wei ingin beristeri pada tahun depan tidak diketahui bapanya sebelum ini. Lee Ah Chai berkata dia pun tidak tahu siapakah itu yang bakal Chong Wei memberikannya nama sebagai isteri selepas tamat kejohanan Olimpik London.

Beliau mendedahkan bahawa keputusan untuk bersara adalah demi berumah tangga.

Beliau juga berkata selepas bersara beliau tidak akan menjadi jurulatih, namun beliau mempunyai rancangan untuk menubuhkan training centre di Kuala Lumpur. Katanya rancangan memupuk bakat baru tersebut telah dimaklumkan kepada kerajaan.

Incoming search terms:

  • isteri lee chong wei
  • bakal isteri lee chong wei

Category: Sport