Subscribe via RSS Feed

Tak perlu kata-kata untuk gembira

Tidak terdapat seorang pun yang sempurna dan sentiasa dalam keadaan yang terbaik, maka kita mungkin dari semasa ke semasa akan google kata-kata semangat sehingga ke kata-kata putus cinta sekali.

Kegembiraan merupakan nikmat terbesar dalam kehidupan, tapi adakah kamu tahu bahawa sebenarnya kita tak perlu kata-kata untuk gembira?

 

“The amount of happiness that you have depends on the amount of freedom you have in your heart.” – Thich Nhat Hanh

5 tip yang boleh diamalkan agar kegembiraan itu dapat dirasa kita tanpa perlu kena jackpot!

senyum gembira

1. Bertanggungjawab

Jangan asyik salahkan orang lain, jadikan emosi anda hal bukan milik orang lain. Maka gelagat orang di sisi tidak selalu mempengaruhi mood anda.

2. Terbuka kepada yang lain

Berkongsi keresahan dengan orang lain dapat meredakan emosi berat kita. Carilah rakan yang dekat dan berbual secara santai dapat membantu menyelesaikan keadaan buruk.

3. Melupkan yang lepas

Tiada makna ingatan lama diungkit jikalau ia pahit dan menganggu kehidupan kini. Life goes on..

4. Membina hobi

Menghabiskan masa kita melakukan apa yang kita suka, itu antara tanda kita menjalani kehidupan berkualiti tinggi.

5. Melihat ringan akan kerisauan

Hidup kita pasti ada kerisauan. Kerisauan dompet, loan rumah, kereta, anak-anak.. Sikap yang sepatutnya adalah perlu menghargai apa yang kita miliki, usah berfikir dan melihat berat akan perkara-perkara yang negatif.

Kegembiraan itu pilihan kami sebenarnya. Kamu boleh gembira sekarang juga, bergantung kepada kemahiran anda mengawal emosi dalaman.

Demi kebaikan berjangka masa panjang, kita tidak perlu tunggu masa terima gaji untuk senyum, tak perlu kata-kata untuk gembira!

Category: Lifestyle