Subscribe via RSS Feed

SmartPhone Terbaik Awal Tahun 2013

SmartPhone Terbaik Awal Tahun 2013

    Saban hari, revolusi telefon pintar atau smartphone semakin maju. Ianya telah menjadi trend dan fenomena terutama kepada golongan remaja. Generasi telefon pintar telah melalui penambahbaikan dari semasa ke semasa dan bukan terhad untuk membuat panggilan sahaja malah mempunyai fungsi-fungsi lain. Setiap orang mengimpikan untuk memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar. Sepanjang tahun 2012 sehingga awal tahun 2013 pelbagai produk telefon pintar telah dikeluarkan bagi memenuhi permintaan orang ramai. Berikut merupakan beberapa produk telefon pintar yang terbaik sehingga awal tahun 2013.

Samsung Galaxy S III
    Samsung melancarkan telefon pintar ini pada awal tahun dan menjadi produk yang paling laris dijual oleh Samsung. Telefon pintar ini menyerlah dari rupa luarannya. Ia mempunyai skrin sebesar 4.8” dan ciri reka bentuk yang nipis serta mempunyai bucu yang melengkung. Ia juga didatangkan dengan spesifikasi yang menarik seperti resolusi 1280 x 760 berserta skrin yang luas, 4.8 inci. Dari segi storan pula, Samsung Galaxy S III mempunyai storan dalaman sebanyak 64GB dan juga slot untuk kad SD mikro yang menyokong tambahan storan sehingga 128GB. Peranti ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Exynoss 4412, sebuah cip 4 teras dengan kelajuan 1.4Ghz.
Samsung Galaxy S III didatangkan dengan spesifikasi video yang baik. Ia mampu menyimpan dan memain klip video HD 720p dan sebagai tambahan, ia boleh disambung untuk ditayangkan ke set TV. Resolusi yang disokong pada kamera belakangnya adalah 8 megapiksel, manakala 1.9 megapiksel pada kamera hadapan. Telefon pintar ini menggunakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean dan pada 2013 kelak dijangkakan bakal dinaiktaraf ke Android 4.2. Samsung Galaxy S III menyokong perkhidmatan NFC (Near Field Communication, bukan National Fidlot Corporation) untuk pemindahan data yang lebih pantas dengan peranti yang turut menyokong perkhidmatan NFC.

Samsung Galaxy Note 2
    Telefon pintar ini mempunyai paparan 5.5″. Paling besar dari kebanyakan telefon pintar di dalam pasaran buat masa ini. Di samping jumlah RAM 2GB dan cip pemprosesan 4 teras Exynoss 1.6GHz yang pastinya tiada telefon pintar lain yang mampu menyainginya dari segi perkakasan. Spesifikasi tinggi sebegini memberikan pengalaman bermain game yang lebih baik dan tentunya menyokong fungsi pemain media berkualiti tinggi seperti video-video definisi tinggi. Galaxy Note 2 hanya setebal 9.4mm dan seberat 183g, ia lebih ringan berbanding Nokia Lumia 920.
Ia didatangkan khas dengan S Pen, sesuatu yang unik berbanding telefon pintar high-end yang ada dipasaran sekarang. Melalui S Pen, pengguna dapat menulis, melukis dan membuat catitan secara terus pada Galaxy Note 2. Walaubagaimanapun, telefon pintar ini agak gedabak berbanding telefon-telefon pintar yang lain. Harganya juga adalah yang paling mahal berbanding produk-produk telefon keluaran Samsung yang lain, tapi takdalah semahal iPhone 5.

Apple iPhone 5
    Ini merupakan rangkaian produk Apple. Rekabentuknya amat nipis, hanya 7.6mm dan juga ringan iaitu sebanyak 112g sahaja. Ia membuatkan kelihatan lebih elegan dengan casing yang diperbuat daripada logam aluminium. Spesifikasinya juga menakjubkan dengan resolusi skrin sehingga 1,136 x 640 px dan pada 326 PPI yang memberikan paparan yang sangat jelas dan cantik. Telefon pintar ini juga menawarkan pilihan storan sehingga 64GB bagi korang yang gemarkan menyimpan pelbagai media di dalam telefon. iPhone 5 dilengkapi dengan 8 megapiksel, membolehkan ianya merekod video 1080p HD pada kadar 30 fps. Pada telefon pintar ini, Apple turut membuat penambahbaikan pada kamera hadapan dengan kemampuan 1.2 megapiksel serta diperkuatkan lagi dengan lensa sapphire untuk lebih ketahanan. Pemprosesan telefon pintar ini dilengkapi dengan cip pemprosesan A6 1.2Ghz, justeru ianya mampu berfungsi dengan lebih pantas dan lebih baik. Telefon ini juga menyokong sambungan talian 4G yang disediakan oleh syarikat-syarikat telco untuk capaian internet yang lebih pantas.

Nokia Lumia 920
    Syarikat Finland kembali dengan fungsi kamera yang berteknologi PureView yang dipasang bersama Penstabilan Imej Optikal dan lensa Carl Zeiss. Perkara yang paling menarik untuk Lumia 920 ini adalah pada kameranya, Lumia 920 menggunakan kamera 8.7 megapiksel berserta dengan sensor, dilengkapi dengan teknologi PureView, fungsi penstabil imej penuh dan menggunakan lensa Carl Zeiss f2. Gambar dan video akan kelihatan terperinci, bebas kabur dan terang melalui model Lumia 920. Ia juga menggunakan sistem operasi terkini dari Microsoft iaitu Windows Phone 8. Untuk perhatian resolusi Nokia Lumia ialah 1280 x 768 piksel lebih besar berbanding iPhone 4S yang mempunyai resolusi 960 x 640 piksel saja.    

Added : Xperia ZL, HTC butterfly..

Incoming search terms:

  • smartphone terbaik 2013
  • telefon pintar terbaik 2013

Category: Gadget, Technology