Subscribe via RSS Feed

Shasha Mendoza – Trend Politik

Siapa Shasha Mendoza? Beliau seorang yang berani tampil ketika Himpunan KL112 hangat berlangsung, untuk menyokong kerajaan.

Hashtag Shasha Mendoza twitter menjadi trend apabila beliau dilaporkan dalam media-media ternama seperti the star dan myStar dalam kolum politik.

Twitter Shasha beberapa hari ini, tidak berhenti menerima sindiran pengguna yang lain.

Shasha Mendoza

Part time model tiba-tiba menjadi trend politik dalam ‘sekelip hari’, ada yang mengatakan glamour ingin dicari.

Shasha membalas balik penyokong KL112 dengan suatu tweet yang berbunyi :

“Jikalau anda tidak sukai Malaysia boleh keluar dari Malaysia. Sekurang-kurangnya menghargai usaha kerajaan.”

Gadis yang berumur 19 tahun itu menyatakan ia tidak gementar dihentam kata-kata oleh penyokong pro pembangkang.

“Kerajaan telah menyediakan rakyat dengan bantuan yang diperlukan, termasuk pendidikan yang baik, akses yang mudah kepada kemudahan kesihatan dan elaun khas bagi golongan yang memerlukan. Sesetengah orang tidak menyedari ini” kata Shasha Mendoza.

Walau bagaimanapun, bagi pihak kami, kami positif akan debat antara Shasha Mendoza dengan penyokong KL112 kerana hak pembebasan menyuara di negara ini.

Sebenarnya memang ramai yang sengaja nak kecoh sebelum ini ; Mungkin juga disebabkan paras rupa Shasha Mendoza trend kali ini menjadi-jadi haha!

Incoming search terms:

  • shasha mendoza

Category: Facebook, Politics