Subscribe via RSS Feed

Sah Mayat William Yau Zhen Zong

Sah Mayat William Yau Zhen Zong.

William Yau merupakan seorang budak yang berumur 6 tahun yang hilang diri sejurus ia turun dari kereta. Kehilangannya sejak Jan 16 berdekatan Putra Heights mengerunkan semua pihak kerana hanya berlaku dalam masa 15 minit. Selepas itu, 20 ribu ringgit sebagai habuan kepada yang berjaya menemuinya.

Perkembangan seterusnya adalah pada 24 Jan 2013, Polis berjaya menemui mayat di sekitar Klang yang mirip William Yau. Namun, polis masih memerlukan masa untuk mengenal pasti identiti mangsa melalui DNA. Mayat telah reput dan meninggal sejak seminggu yang lalu.

Sebelum keputusan DNA tersebut dikeluarkan, ibu bapa terlebih dahulu mengesahkan mayat tersebut sah milik William Yau Zhen Zong. Mereka sahkan seluar yang dipakai, seluar dalam dan parut dimiliki anak mereka.

William Yau Zhen Zong

Ibu bapa William Yau Zhen Zhong ketika di Forensic department 25 Jan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata tiada kecederaan luar pada tubuh mayat, cuma bekas gigitan binatang yang menjamah mayat ketika berada di air.

Polis percaya William Yau dibunuh dan dicampak ke dalam sungai Klang dan mayatnya kemudiannya hanyut kira-kira 30 km berdasarkan lokasi mayat ditemui.

William Yau Zhen Zong, RIP. Takziah kepada ibu bapanya juga. Motif pembunuhan William? Kejamnya!!

Incoming search terms:

  • william yau
  • william yau zhen zong

Category: Facebook, National