Subscribe via RSS Feed

Permohonan anda tidak dapat diproses

Permohonan anda tidak dapat diproses di masa ini. Sila cuba sekali lagi. Harap maaf.

Bukan main hebatnya hebohkan rebate RM200 untuk semua smartphone, tapi pengumuman tersebut seakan-akan dibuat terlalu awal dan tiada perancangan yang sempurna.

Prinsip ‘siapa cepat dia dapat’, malangnya unifi 20mpbs pun aku belum berjaya daftar lagi. Dah dua hari berturut-turut aku terima benda ini, dan dah lebih lima kali isi semula borang rebate smartphone di website SKMM. Aku Ibarat diperbodohkan..

permohanan anda tidak dapat diproses

Permohonan anda tidak dapat diproses? Kenapa? Sekiranya alasan yang musabah diberi boleh akulah terima.. tapi ini ditambah lagi suruh mencuba sekali lagi, entah berapa ratus dah aku cuba!!

Kepada yang berjaya menghantar borang, janganlah terlalu gembira.. Kerana rata-rata pemohon diberitahu bahawa akan terima email tidak lama lagi, namun setelah tunggu 2-3 hari, tiada juga maklumat yang lanjut..

Janji biarlah ditepati ; janji akan perkara yang tiada persediaan lengkap hanya akan menyusahkan rakyat, dan membuang masa rakyat..

- Aduan dikirim oleh Mohd Hafiz mengenai pendaftaran online rebat telefon pintar oleh SKMM : Permohonan anda tidak dapat diproses

updated : menurut berita di TV malam tadi (5/1/2013), website SKMM akan pulih kembali beroperasi mulai minggu depan..

Incoming search terms:

  • permohonan anda tidak dapat diproses
  • permohonan anda tidak dapat diproses dimasa ini sila cuba sekali lagi harap maaf

Category: Gadget, Technology