Subscribe via RSS Feed

Kurus kering tapi berat badan dapat naik 5KG

Aku pernah suatu ketika dahulu semasa di tingkatan 4 dan 5, dua tahun berturut-turut kekal di tahap berat badan yang SAMA! Bagi seorang lelaki, berat badan hanya berkilo 42 semasa di tingkatan 5 memang terlampau slim. Ingat kembali zaman kanak-kanak, aku telah banyak mencuba protein dan supplement, seperti Appeton bill dan tepung Appeton weight gain.

appeton weight gain

Aku masih ingat iklan Appeton weight gain di TV, ini packing klasik dia pada masa itu.. Tak gain pun.. Darjah enam 25KG.. ter-ringan di kelas (laki) huhu ><”

Sekarang berat aku berjaya mencecah angka 50 ke atas, rahsianya adalah berkerja bersungguh-sungguh dalam gym! Bagi aku, satu-satunya cara untuk seorang kurus kering untuk menaikkan berat badan adalah mengangkat berat.

Dalam masa dua semester, telah 8KG naik! Kos menelan seribu ringgit. Gym memerlukan tepung protein untuk recovery dengan cepat, berbaloi juga sebab aku boleh gym hari-hari (almost).

Tip yang aku ingin share ialah cuba bermain seberat yang mungkin. Nak berubah mestilah sanggup untuk rasa sakit, journey aku tidak pernah berhenti kerana kesakitan otot bukti kita biarkan otot berpeluang untuk membesar, dan bina mass pada masa yang sama.

Review Protein yang telah saya guna :

ON Gold standard : sedap, boleh minum sebagai meal placement, senang digest.

ON PRO Complex : perlu minum dalam scoop yang besar untuk mendapatkan protein yang banyak, terlalu kenyang kadang-kala.

Masstech : 80g per serving selepas dicampur susu. Sebenarnya 60g protein saja kalau diminum dengan air kosong. So far puas hati sebab calories memang aku inginkan.

NitroTech : mahal tapi antara whey protein yang paling berkualiti. Perlu jaga meal biasa, sukar untuk bergantung kepada Nitrotech saja.

Target aku ialah 55kg, barulah BMI aku normal. Bodybuilding merupakan suatu sukan yang menguji kebolehan dalaman. Nanti dalam entri yang next boleh aku kongsikan, pasti kamu hairan bina badan bukan keh luaran perlu gagah seperti seorang pahlawan..

Incoming search terms:

  • weight gain untuk naik badan

Category: PERSONAL