Subscribe via RSS Feed

Kedai yang tidak terima rebate telefon pintar

Kenapa rebate telefon pintar hanya boleh digunakan dengan dealer yang tertentu tapi bukan semua kedai telefon?

Perasan ke tidak hanya telco atau supplier yang besar saja terima rebate SKMM ini. Salah satu sebab mungkin SKMM percaya akan mereka berbanding dengan bisnes kecil.

Telco dan supplier yang terima rebate telefon pintar ialah Digi, Celcom, Maxis, TuneTalk, Seng Heng, SenQ, Clickster, Yes etc dan dengan menawarkan model-model tertentu saja dibenarkan. Tambahan pelan berkontrak lagi, Ini semua ialah teknik untuk mengaut keuntungan secara maksima.

Beberapa pihak yang menjalankan bisnes sebagai penyedia telefon bimbit kecil-kecilan menyuarakan keresahan mereka menghadapi rebate smartphone kali ini. Mereka berkata bukan saja skim kali ini tidak memanfaatkan mereka, sebaliknya menjejaskan penjualan telefon pintar di pasaran. Mereka tidak mampu tanggung kos ‘berhutang’ RM200 sebuah telefon pintar, oleh itu rata-rata penjual bersaiz kecil ini terpaksa membuka ruang bisnes kepada telco yang berkemampuan.

Pengalaman aku membeli telefon dengan rebate SKMM :

Aku tiba di sebuah kedai yang di bawah dealer sah, dalam hati sedang memikirkan manakah model yang harus aku beli. Tapi tauke itu tak cukup dengan ‘bisnes yang gurantee untung’, seakan-akan memberikan paksaan kepada aku agar aku pilih model yang ditetapkan oleh dia sendiri, iaitu model CSL!

Jadi berhati-hati dan sentiasa smart akan penjual seperti ini, terang-terang peraturan ada di muka surat official, jangan mengalah dengan yang main teknik kotor, defend your right..

Incoming search terms:

  • kedai rebat telefon pintar
  • kedai rebate smartphone

Category: Uncategorized