Subscribe via RSS Feed

iPad app terbaik 2013

iPad app terbaik 2013, ini merupakan entri yang berdasarkan pengalaman saya.

Kebanyakan masa saya menggunakan iPad untuk productivity, terutamanya membaca dan surf net. Tujuan utama saya beli iPad pun bukan semata-mata ingin bermain game ; jadi review kali ini mungkin tidak sesuai bagi orang yang melayan iPad-nya sebagai sebuah game console.

App terbaik dalam hati saya tidak jauh berbeza dengan app-app yang telah dinobat sebagai app terbaik tahunan oleh Apple sendiri secara official.

iPad app terbaik 2013

1. Evernote

Saya cuba untuk tidak buka / buat notepad di desktop ; Catat nota dengan menggunakan Evernote perlu menjadi kebiasaan saya, untuk mencapai kegunaan maksima dan mendapatkan manfaat yang sebanyak mungkin. Kelebihan utama Evernote ialah Sync. Evernote ditambah dengan add-on, Pocket (Read it later app), membolehkan saya men-highlight perkataan English semasa melayari Flipboard.

2. iBook / Standalone book

Zaman ini sehingga tidak perlukan kamus fizikal, kadang-kala dengan tweak yang bijak, kamus digital pun tidak diperlukan. Maksudnya? iBook boleh highlight lepas itu define maksud perkataan. ‘App add-on’ favourite yang saya akan gunakan bersama iBook ialah Youdao dictionary, sebuah English to Chinese dictionary app. Trik saya ialah launch Youdao dulu dan baru buka iBook. Berdepan dengan perkataan English yang terlalu bombastic, saya guna empat jari, swipe ke kiri untuk minta bantuan kamus saya. Cool betul, kamus ada di sebelah iBook!

3. Paper

paper ipad app

App untuk menconteng dan menulis. Bawa iPad ke kelas tanpa kertas selepas ini! Tapi app ini memerlukan lebih kurang 7USD untuk unlock alat-alat lukis yang lain dan feature color. Paper selalu digunakan saya untuk session brainstorm dan mindmap. Yang art student itu memang akan gila akan app ini, jimat kertas > jimat wang.

4. Flipboard, 5. Chrome

App terbaik sebenarnya bergantung dengan cara kita guna dan apa yang ingin kita dapat. Saya masih mengikuti perkembangan dan membaca review app iPad yang best dari masa ke masa, namun saya kadang-kala sesat, menjadi seorang geeker, mencuba app just for fun, jadi banyak masa saya terbuang.

iPad app terbaik 2013? Tip terakhir saya ialah Less is more. Kalau dah install Flipboard itu, gunalah Flipboard ‘sepowerful’ yang boleh, usah tambah AppyGeek, G. Reader, G.Current dan lain-lain app yang lebih kurang sama fungsinya saja.. Narrow down search term boleh membantu, contohnya kamu sesat di dalam MidValley, so try cari MidValley app dengan iPad, ia akan menjadi app terbaik anda pada hari itu!

Category: PERSONAL