Subscribe via RSS Feed

Bypass Broadband quota dengan VPN

JANGAN cuba bypass broadband quota dengan VPN!

Kenapa pula? Sebab team teknikal di belakang sebuah telco adalah lebih mahir berbanding individu yang kononnya ada trik ini trik itu yang boleh bypass quota / bandwidth wireless broadband (celcom, tunetalk, digi, maxis whatever)

Dah jemur aku cuba satu demi satu yang dikatakan trik untuk melajukan internet broadband 3G. Pengalaman aku rata-rata pahit apabila trik tiba-tiba berhenti berfungsi akibat telco dah tahu teknik bypass bandwidth yang dilakukan.

Baru-baru ini aku ditawar oleh rakan, katakan VPN xx ini kita boleh tengok movie, memang tiada masalah download torrent. Aku apalagi, syok membayar untuk services VPN itu, tapi tidak sampai 2 hari terima SMS daripada telco bahawa quota over limit. Speed seperti siput juga bila buka software VPN yang diberi, setting semuanya pun aku apply, siput tetap siput, aku menyesal sungguh! Baru aku bayarkan 50 ringgit untuk 5GB, habis dalam masa 48 jam! Tambah yuran VPN yang useless itu lagi.. rugi-rugi!

Maxis 68 unlimited? Celcom SKMM? unlimited quota? Tak nak percaya lagi.. Dulu memang hangat seketika, tapi spy Maxis dah cam agent yang jual package cooperate kepada individu dalam pasaran.

bypass quota vpn

^ Pertanyaan unlimited quota paling banyak di forum Maxis. Tapi adakah anda seorang boss? ada cooperate profil tak? haha..

Kepada penghuni di ‘hutan’ yang tiada line streamyx / unifi, pandai-pandai lah jaga bandwidth.. Good luck!

Bypass Broadband quota dengan VPN? Tak nak benda yang short term saja, terima kasih..

Incoming search terms:

  • bypass maxis broadband quota limit

Category: Gadget, Technology