Subscribe via RSS Feed

BR1M 3.0, RM1000 kalau BN menang PRU13

BR1M 3.0, RM1000 bakal menjadi realiti?

Berbagai-bagai insentif diberi oleh kerajaan dalam masa yang dekat dengan PRU13 ini. Siapa yang akan dapat menyangkal BR1M telah hampir tamat perlaksanaannya yang kedua (BR1M 2.0)?

Tidak cukup dengan RM500, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bantuan rakyat 1Malaysia akan terdapat lanjutan sekiranya BN menang dalam PRU13.

br1m-3-2013

“Sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan kutipan hasil cukai negara memberangsangkan, kerajaan akan memberi bantuan melalui BRIM2.0, BRIM3.0, BRIM4.0, BRIM5.0 dan seterusnya,” – Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata sekiranya BN berkuasa, hasil pungutan cukai kita mampu mencapai setinggi RM125 billion. Maka, jumlah tersebut boleh ditimbangkan untuk melaksanakan BR1M 1,2,3,4 dan selama-lamanya..

Pemberian berjangka masa panjang ini dilihat mampu memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah di seluruh negara yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

BR1M 3.0, RM1000 kalau BN menang PRU13, apakah pandangan anda?

Disclaimer : blog ini tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.

Tags:

Category: Pilihanraya umum 2012, Politics