Subscribe via RSS Feed

Amaran Ribut Malaysia January 2013

Amaran Ribut Malaysia January 2013. Usahlah terlalu bimbang akan tempiasan ribut yang bakal ke Malaysia. Belakangan ini ramai yang membesar-besarkan statistik yang tiada sumber yang kukuh di Facebook bahawa ribut yang bakal menjelang pada 7 Januari 2013 itu serious amat.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan nasihat memaklumkan bahawa beberapa tempat terutamanya negeri-negeri di Pantai timur Malaysia antaranya ialah Kelantan,Terengganu dan Pahang. Ribut bakal melanda akibat ribut Tropika Sonamu.

Ribut Malaysia January 2013

ribut 2013 malaysia

Walau bagaimanapun penduduk yang tinggal berdekatan dengan laut atau sungai diminta juga mengambil langkah-langkah yang berwaspada. Ribut kali ini kemungkinan menyebabkan banjir di daerah Kuantan dan Rompin.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata sehubungan itu 66 pusat pemindahan akan dibuka di Kuantan, 84 di Pekan dan 31 di Rompin.

Nasihat kepada penduduk setempat yang lain ialah tidak perlu rasa terlalu risau akan Ribut Malaysia January 2013 kerana ombak akan menjadi perlahan tetiba di Malaysia.

Namun, risiko segala aktiviti di persisiran pantai perlu ditanggung sendiri.

Tags:

Category: National