Subscribe via RSS Feed

Johor tetap inginkan khimat Mat Yo

PBNJ (Bola Sepak Negeri Johor) tegas menyuarakan pendirian mereka bahawa tidak akan melepaskan Mat Yo atau nama sebenar Norshahrul Idlan Talaha agar Mat Yo dapat bermain bersama Johor FC pada Liga Malaysia musim hadapan.

Selain penyerang Kelantan Norshahrul dicari, persatuan tersebut juga sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat Mohd Nurul Azwan Roya berikutan kontraknya bersama The Red Warriors bakal berakhir tidak lama lagi.

Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim berkata, Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat Isnin ini bagi memutuskan kemelut perpindahan Pemain Paling Bernilai Liga M tiga tahun berturut-turut itu.

mat yo johor

Khabar angin sebelum ini menyatakan Mat Yo bernilai setinggi 6 juta.

“Saya mahu tekankan betapa kita serius mendapatkan Mat Yo. Namun, saya tidak dapat beri komen lanjut kerana tidak mahu ada percanggahan pandangan… tunggu saja keputusan mesyuarat Isnin ini. Apa yang penting, kita mahu proses perpindahan Mat Yo dari Kelantan ke Johor nanti dijalankan tanpa sebarang kekalutan dan ia perlu dilakukan secara profesional,” kata Suhairi ketika dihubungi, semalam.

Jurulatih skuad Harimau Selatan, Fandi Ahmad mengesa dan berharap urusan ini dapat diselesaikan dengan cepat kerana pasukannya sedang giat membuat persiapan ketika pra-musim.

Incoming search terms:

  • nama sebenar mat yo

Category: Sport