Subscribe via RSS Feed

Video Namewee hina Lin Dan, Chong Wei minta maaf

Video Namewee hina Lin Dan, Chong Wei minta maaf

Namewee pada malam final Badminton Olympic 2012, sejurus Chong Wei tewas kepada Lin Dan, tampil dengan sebuah lagu yang kononnya bagi Namewee, dia ingin tenangkan perasaan Chong Wei yang pasrah.

Namun dalam music video tersebut, terutamanya pada permulaan dan pengakhiran klip, terdapat kata-kata kesat yang hina Lin Dan. Perkara ini tidak diingini oleh rakyat Malaysia dan China.

Salah seorang pengguna internet di youtube disokong oleh ramai bahawa Namewee telah memalukan negara kita.

Video Namewee hina Lin Dan

Kemudiannya Namewee muncul untuk menjelaskan dirinya hanyalah berdiri pada sudut sebagai seorang peminat. Namewee juga mengaku ia hanyalah untuk mempromosikan filem barunya ‘Hantu Gangster’ yang akan berada di pawagam tidak lama lagi.

“Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya,” – Namewee

Video dibalas video oleh artis dari China

Sebuah lagu dalam bahasa mandarin telah dicipta oleh artis dari China, mengutuk balik Namewee seorang yang berlebih-lebihan dan tidak menghormati erti kesukanan.

Chong Wei meminta maaf kepada peminat Badminton di China

“Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya,” kata Chong Wei dalam laman web peribadinya di “microblogging” weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.

Video Namewee hina Lin Dan

Video ini mendapat 200, 000 views dalam masa kurang daripada seminggu.

Namewee hina Lin Dan, Chong Wei minta maaf, kasihan Datuk kita..

Incoming search terms:

  • namewee hina lin dan
  • namewee

Category: Facebook