Subscribe via RSS Feed

TR1Ma buka permohonan mulai 2 Julai

TR1Ma buka permohonan mulai 2 Julai. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataan bahawa pemandu teksi boleh membuat permohonan subsidi tayar di bawah program mulai 2 Julai 2012.

Program bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) adalah dilahirkan dari cetusan buah fikiran Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri atas keperihatinan beliau mengenai masalah yang dihadapi pemandu teksi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri faham akan keluhan pemandu teksi yang menghadapi kos penyelenggaraan yang kian meningkat yang turut mengugat keselamatan serta keselesaan penumpang teksi.

Bantuan Tayar 1 Malaysia untuk teksi merupakan program pertama yang dilancarkan di bawah TR1MA.

Pada hari Ahad yang lalu, Najib telah melancarkan skim ini di bawah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan peruntukan sebanyak RM35 juta.

Skim itu bertujuan segera membantu pemandu teksi di seluruh Malaysia dengan menyediakan mereka baucer yang bernilai RM520 dalam bentuk subsidi tahunan.

Najib juga berkata kerajaan telah menyediakan RM1 juta untuk menyediakan pemandu teksi dengan insurans kemalangan peribadi melalui Kementerian Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan.

Category: National