Subscribe via RSS Feed

RM 100 Juta untuk 1M4U

Menurut berita beberapa hari yang lalu :

KUALA LUMPUR: Sebuah dana khas berjumlah RM100 juta akan diwujudkan bagi menerajui program 1Malaysia Untuk Belia (1M4U), dalam usaha untuk memupuk semangat sukarelewan di kalangan belia di negara ini, kata PM.

Perdana Menteri sendiri yang akan mengetuai lembaga pemegang amanah 1M4U untuk menyelia kelancaran program sukarelawan belia, tekan beliau.

Program Sukarelawan Belia 1M4U

Program Sukarelawan Belia 1M4U

Tujuan Program Sukarelawan Belia 1M4U diwujudkanj adalah:

  1. Membantu masyarakat dunia yang memerlukan bantuan dan khidmat sukarelawan
  2. Mempromosi persefahaman masyarakat dunia mengenai keamanan sejagat
  3. Merealisasikan semangat keprihatinan pelajar terhadap kesejahteraan masyarakat dunia
  4. Meletakkan pelajar Malaysia sebagai pemimpin sukarelawan di persada dunia
  5. Membina hubungan, jaringan di peringkat antarabangsa
  6. Memperkenalkan Malaysia sebagai hab pendidikan yang melahirkan sukarelawan global
  7. Memberi kefahaman mengenai sosiobudaya masyarakat Malaysia ke arah keamanan dunia

Dana berkenaan 1M4U ini dinamakan Dana Sukarelawan 1Malaysia (Dre1M), yang akan diuruskan oleh satu pasukan tugas khas dengan pentabiran dan pengagihan peruntukan dilakukan secara dalam talian.

RM 100 Juta untuk 1M4U untuk PRU 13 keh? Hairannya mana hilang rakan muda kita?!

Category: National, Pilihanraya umum 2012, Politics