Subscribe via RSS Feed

Permohonan Kemasukan UiTM Sesi Julai – Ogos 2012

Permohonan Kemasukan UiTM Sesi Akademik 2 2012

Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon kemasukan ke UiTM pengambilan kedua sesi 2012/2013 mulai 2 Julai 2012 bagi kemasukan September 2012, November 2012, Januari 2013 dan Mac 2013.

Permohonan kemasukan ini bagi mengikuti program pengajian sepenuh masa dan separuh masa di peringkat Asasi, Diploma, Profesional dan Ijazah di UiTM. Pengambilan pertama dahulu melalui UPU manakala pengambilan kedua ini melalui UiTM.

Kemasukan dan Program Pengajian

Pengambilan kedua UiTM ini adalah untuk kemasukan dan program pengajian berikut :

Kemasukan September 2012

Permohonan Kemasukan UiTM

  • Program Profesional – CILT
Kemasukan November 2012
  • Program Asasi Undang-Undang
  • Program Diploma
  • Penerapan Pra Diploma UiTM ke Diploma UiTM
Kemasukan Januari 2012
  • Program Profesional – CAT, ACCA, CIMA, CPA, ICSA, CIM,
Kemasukan Mac 2012
  • Program Profesional – LW222 dan LW601
  • Penerapan Semestar 3 Diploma UiTM ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
  • Program Ijazah Sarjana Muda
    • NOTA : Permohonan untuk program pengajian peringkat ijazah dijangka akan dibuka pada Oktober 2012 nanti.
Syarat Kemasukan
Program Yang Ditawarkan
  • Calon boleh memohon mana-mana program pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan.
  • Perlu diingatkan bahawa tidak semua program pengajian dibuka untuk permohonan.
  • Sila rujuk laman web UiTM – Senarai Program Pengajian untuk maklumat lanjut.
Cara Memohon
  • Permohonan kemasukan ke UiTM pengambilan kedua ini adalah melalui aplikasi dalam talian (Online) di laman web www.online.uitm.edu.my.
  • Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sendiri, di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan di laman Web Aplikasi Elektronik UiTM dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  • Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran.
Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke UiTM Sesi 2 2012/2013 akan ditutup pada 26 Ogos 2012.

Bagi permohonan kemasukan ke UiTM Sesi 2 2012/2013 sesi Mac 2013 program Ijazah Sarjana Muda akan diketahui apabila permohonan dibuka dalam bulan Oktober nanti.

Maklumat
Pertanyaan
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai program yang ditawarkan bagi permohonan kemasukan ke UiTM ini, sila hubungi terus Dekan Fakulti yang berkenaan www.uitm.edu.my atau telefon 03 5544 2000.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pemgambilan dan keputusan permohonan kemasukan ke UiTM ini, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar www.pengambilan.uitm.edu.my di talian 03 5544 3164/ 3165/ 3166/ 3174/ 3175 atau email : bpp@salam.uitm.edu.my
  • Jika menghadapi masalah teknikal semasa mengisi permohonan, sila hubungi talian 03 5521 1376/ 1381/ 1383 atau fax : 03 5544 2197 atau email : uitmonlineapplication@salam.uitm.edu.my

kredit kepada ePutra.

Incoming search terms:

  • keputusan permohonan uitm sesi november 2012
  • keputusan uitm sesi 2 2012

Category: Education