Subscribe via RSS Feed

Pemain meninggal dunia kerana ‘Diablo 3’

18 July Taiwan : Seorang remaja didapati meninggal dunia di sebuah internet cafe selepas 40 jam berturut-turut bermain ‘Diablo 3’.

Mangsa / pemain dikenali sebagai Chuang yang berumur 18 tahun, berasal dari Taiwan. Chuang ketagih permainan komputer Diablo 3 sehingga menyebabkannya tidak mengambil makanan selama 2 hari.

Chuang didapati melantar di meja komputer pada awal pagi. Dia dikejutkan oleh petugas cyber cafe dan masih mampu untuk bangun, namun jatuh selepas berjalan beberapa langkah.

Diablo 3

Diablo 3

Chuang selepas itu dikerjakan ke sebuah hospital berdekatan dan disahkan meninggal dunia. Polis bagaimanapun perlu siasat punca utama kematiannya. Polis mengesyaki kematian Chuang kemungkinan berkaitan dengan masalah kardiovaskular memandangkan dia telah duduk dengan terlalu lama.

Ini merupakan kes kematian kedua di Taiwan yang melibatkan permainan komputer Diablo 3.

Category: International