Subscribe via RSS Feed

Duit Bonus Raya Penjawat Awam 2012

Dengan keadaan PRU yang ke 13 kian mendekat hari ini, adakah duit bonus raya bagi penjawat awam tahun ini akan sama lumayan seperti tahun lepas?

Rata-rata mendakwa penjawat awam bakal bersyukur kerana haji dan tarikh hari raya pada tahun 2012 berhampiran dengan pilihanraya umum 13.

Jom kita merenung kembali duit bonus raya tahun lepas, kenyataan di bawah dipetik daripada arkib pada 8 ogos 2011 :

Kerajaan telah bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangan penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan juga.

Bagi tahun 2012, khabar angin bahawa Bonus Raya 2012 adalah sebulan gaji. Sekiranya desas desus tersebut adalah benar, maka penjawat awam pada tahun 2012 akan dapat menikmati lebih seganda daripada yang sebelum ini.

Duit Bonus Raya Penjawat Awam 2012, sama-sama kita nantikan pengumuman official, dan sebenarnya paling penting ialah kita perlu manfaatkan wang tersebut dan berasa bersyukur..

Incoming search terms:

  • bonus hari raya 2012
  • bonus raya 2012

Category: National