Subscribe via RSS Feed

Carlsberg ‘Ramadhan sales’ bukan versi edit

Tindakan sebuah pasaraya di Sri Petaling meletakkan iklan promosi pada Carlsberg dengan mengaitkan Ramadhan telah menyemarakkan darah orang Islam.

Kebanyakan umat tegah membantah bahawa tindakan tersebut tidak menghormati Islam, namun sesetengah pula mengatakan itu hanya gambar versi edit yang cuba menipu.

Jikalau menurut sumber asal gambar tersebut, gambar tersebut bukannya disebar melalui forum, atau page yang sebarangan.

biadap

Gambar itu dikeluarkan pada 6 Julai oleh Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam).

Bantahan dibuat kepada pengurusan pasaraya sejurus mereka menjumpai label promosi Carlsberg tersebut.

Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang pernah dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu. The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.

Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga terus memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang.

Penekanan : Carlsberg ‘Ramadhan sales’ bukan versi edit..

Category: Facebook