Subscribe via RSS Feed

Bonus Aidilfitri Penjawat Awam diberi ikut kemampuan kerajaan

Bonus Aidilfitri Penjawat Awam akan diberi ikut kemampuan kerajaan kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila ditanya berhubung dengan perkara itu.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan melihat ‘buku kira-kira’ kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu.

“Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu…kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan,” katanya kepada pemberita.

Ulasan beliau kali ini adalah untuk mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Datuk Omar Osman, presiden Cuepacs berkata Ceupacs tengan mencari pendekatan terbaik untuk penjawat awam. Seramai 1.4 juta orang penjawat awam akan pihaknya mengambil prihatin, dan tidak akan membiarkan pihak tertentu mengambil kesempatan waktu perayaan kali ini, seperti menaikkan harga barangan.

Category: Politics