Subscribe via RSS Feed

Azhar Ghazali hantar RM50k wang hantaran

Ibu Ella paling gembira apabila Ella bakal menjadi isteri kepada pilot pada 7 Julai. Kakak kepada Ella itu yang jurusolek terkenal Saidatulnisa Aminuddin berkata, ibu mereka tidak dapat menggambarkan betapa seronoknya apabila juruterbang syarikat penerbangan Firefly itu meluahkan hasrat tersebut dalam satu pertemuan yang diadakan.

Selain popularity Ella menarik perhatian media dan peminat musik akan perkhawinannya, wang hantaran yang lumayan juga menjadi buah mulut orang ramai. Azhar Ghazali sedia menghantar RM50k sebagai wang hantaran.

Azhar Ghazali

Gambar Azhar Ghazali, pilot syarikat penerbangan Firefly.

Menurut sumber, pada 17 Julai yang lalu keluarga lelaki telah mengunjung ke rumah untuk merisik tentang majlis pertunangan dan nikah.

Upacara akad nikah dijadualkan selepas waktu Isyak secara tertutup untuk saudara mara dan pihak media sahaja.

Bagi majlis resepsi yang dirancang di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya pada 1 Disember 2012.

“Kami berharap apa yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan saya bagi pihak keluarga mahu meminta maaf kepada mereka yang tidak di undang kerana ia hanyalah sebuah majlis kecil-kecilan melainkan majlis resepsi yang akan dibuat hujung tahun ini,” katanya.

Incoming search terms:

  • hantaran 2013
  • trend hantaran 2013

Category: Celebrity