Subscribe via RSS Feed

Anzalna mohan maaf, akui fitnah Neelofa

Volume search ‘Anzalna Nasir’ belakagan ini di google mendapat tempat dalam top 10. Kontroversi antara dua celebriti comel ini nampaknya berakhir dengan Anzalna mohan maaf, akui fitnah Neelofa.

Lebih kurang sebulan masa pertelingkahan ini, akhirnya pelakon Anzalna Nasir pada Isnin telah memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa kerana memfitnah pelakon itu menerusi akhbar pada 10 Jun lalu.

Anzalna vs neelofa

Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 24, akui tidak mempunyai bukti terhadap segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Neelofa tetapi ia bukan bermaksud untuk mengaibkan sesiapa.

“Saya Nur Anzalna Md Nasir di atas nasihat Persatuan Seniman Malaysia dengan ini memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Minggu pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya.

“Sejujurnya saya tidak bermaksud apa-apa dan tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa daripada kenyataan itu,” kata Anzalna ketika memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa dalam sidang media khas anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di Hotel Royale Chulan.

Neelofa sehingga mendapatkan peguam berhubung dengan kontroversi terkenan, dan pada Sabtu yang lalu, Neelofa menetapkan beberapa syarat kepada Anzalna dalam sepucuk surat sebagai jaminan agar aktres itu memohon maaf dengan ikhlas.

The end : ANZALNA MOHON MAAF MENGAKU FITNAH NEELOFA??

Incoming search terms:

  • neelofa
  • anzalna

Category: Celebrity