Subscribe via RSS Feed

Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M) : Tuisyen Percuma!!

Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M) : Tuisyen Percuma!!

PUTRAJAYA 29 June – Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta daripada dana khas untuk melaksanakan program Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M) untuk memberi tuisyen secara percuma kepada pelajar di seluruh negara yang bakal menduduki peperiksaan umum pada tahun ini.

i-TR1M

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan program yang dilaksanakan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di kediamannya di Seri Perdana semalam.

Hadir bersama Pengerusi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

Sementara itu, Alimuddin berkata, projek perintis program ini akan dilaksanakan di negeri Selangor melibatkan seramai 10,000 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

“Program i-TR1M ini akan meningkatkan prestasi akademik bagi anak-anak golongan berpendapatan rendah untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan,” katanya kepada pemberita.

Perlaksanaan Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M)

Alimuddin berkata, program yang berlangsung dari 18 Jun hingga Oktober ini akan dilaksanakan di 107 buah sekolah iaitu 30 buah sekolah menengah dan 77 buah sekolah rendah di Selangor.

Incoming search terms:

  • interaktif tuisyen rakyat 1 malaysia
  • interaktif tuisyen rakyat 1malaysia (itr1m)

Category: Education