Subscribe via RSS Feed

Pengalaman sebenar bekerja di Singapura

Kisah ini diterjemah daripada pengalaman sebenar seorang anonymous yang bekerja di Singapura..

bekerja di Singapura

Dollar Singapura menarik minat ramai orang Malaysia untuk mencuba nasib di sana.. Ini pengalaman saya bekerja di Singapura selama dua tahun dari pelbagai aspek saya kongsikan :

Makanan

Saya tidak berapa dapat membiasakan diri saya dengan makanan di sana. Saya selalu memakan roti saja. Mungkin saya orang Penang biasa dengan makanan yang berharga berpatutan lagi sedap. Makanan di sini sangat mahal, range dari SDG2.5-SDG4.

Transport

Transport public Singapura agak sempurna. Bus akan datang setiap 10-15 minit. Saya ke tempat kerja menaiki transport public dengan sekali MRT dan dua kali bus. Di Singapura orang biasa tidak akan dapat memiliki kereta sendiri. Ujian lesen pun perlu SGD2000.

Tempat tinggal

Harga tempat tinggal bergantung berapa besar rumah. Dengan SGD350 saya meyewa bersama seorang kawan sebuah bilik. Bilik SGD350 kira master room tapi hanya cukup untuk letak almari baju. Saya hendak mengumpul duit, jadi tempat tinggal hanya boleh diaggap tempat untuk tidur saja, tidak berdaya untuk memikirkan keselesaan yang lebih. 

Kerja

Public holiday Malaysia ada 17 hari, Singapura hanya ada 11 hari setahun. Masa kerja agak sama di Malaysia, bekerja dari pukul 9 pagi hingga 6 malan, tapi boss anggap saya ini ada kembar, buat kerja dua kali ganda….

Hiburan

Hiburan paling biasa di sini ialah KTV, wayang dan bersukan. Harga agak ok cuma ditukarkan kepada SGD. Untuk menjimat wang saya hanya duduk di rumah bermain game computer.

Kebudayaan

duit duit duit wang wang wang duit duit duit wang wang wang….

 

Kesimpulan

Kalau kamu tidak ingin tinggal tetap di Singapura maka career kamu pun tidak melonjak ke mana. Kebanyakkan orang pergi dengan rela beberapa tahun mencari duit kemudian balik ke Malaysia dengan potongan 20% wang oleh kerajaan Malaysia. Di Singapura orang Singapura mempunyai peluang yang lebih berbanding dengan orang luar. Andaikan kamu bertekad hendak hidup di sana, berkhawin pun di sana, kamu perlu melepaskan kewarganegaraan Malaysia. Maklum keputusan ini tiada patah balik. tiada lagi dapat lepak mamak, tiada hidup yang relaks, jauh jarak dari ahli-ahli keluarga, hilang kawan lama..

Adakah duit Dollar Singapura adalah segala-galanya? Harap perkongsian pengalaman sebenar saya bekerja di Singapura dapat menjadi rujukan kepada anda.

No related content found.

Incoming search terms:

  • kerja di singapura
  • bekerja di singapura

Tags:

Category: Uncategorized