Zaman demi zaman kita mengalami revolusi
3/07/2010 I Label: Xberkategori
Orang zaman batu kalau mahu jadi kaya, perlu pergi gym, training benar-benar agar hebat dalam kerja memburu. Boleh juga kamu tidak payah berfikir balik dengan melampau, katakan era sekitar Malaysia baru merdeka, orang terpelajar akan ada masa depan yang cerah. Daripada persepsi datuk & nenek mahupun ibubapa, buku itu emas >.<)” Tidak hairanlah mereka begitu teguh dengan pandangan mereka sendiri.
Ada daripada mereka yang menganggap buku itu boleh convert pergi sijil dan akhirnya hidup ini menjadi serba senang. Memang tidak dapat dinafikan pelajaran penting untuk masa depan, tapi bagi gua, apa yang penting ialah bagaimana kita ini hidup. Gua risau sangat akan mereka yang nerd, peluk buku dan menghayalkan kemewahan pada masa hadapan. Mereka dipengaruhi oleh orang dulu-dulu ?
Revolusi zaman telah membuka banyak laluan hidup manusia. Ada yang menjadi kaya disebabkan ini dan itu. Bill Gate kalau hanya tahu baca buku macam nerd, beliau sekarang paling ok pun bekerja dan terima gaji saja. Mark melihat potensi karyanya, Facebook lalu berhenti sekolah untuk fokus, akhirnya telah mengerunkan orang di seluruh dunia. Usah fikirkan terlalu jauh, kampung kamu kalau belum pernah ada TV, kamu buka kedai TV pun boleh untung besar :D (cth yang perlu ditapis dgn otak yg releven ya ^^)
Kekeke, ini 1st time gua merepek di Facebook dapat ‘like’ oleh ramai orang ~
Ada 2 point kamu jangan blur. 1) Gua tidak mengatakan pelajaran itu tidak berguna. 2) Perkembangan internet hanya salah satu tanda bahawa zaman demi zaman kita mengalami revolusi.
Sekali kali gua tekankan (gua rasa jer :P) apa yang penting ialah bagaimana kita hidup. Boleh dirumuskan dan ditafsir ayat gua itu, maksud yang tersirat dalam ayat itu = ilmu paling penting ! Hu ~

