Trafik organik vs seo
3/01/2010 I Label: Blogging tips
Organik gua maksudkan di sini ialah trafik dari ping directories, secara referral. Seo pula ialah trafik daripada enjin carian. Hari ini mahu menjelaskan tentang strategy blogging.
Blog yang menggunakan strategy organik perlu sentiasa ada entri / tajuk panas. Bak kata xxx dalam HOTFM, cerita mesti panas2 ! lol.. Menjadi top hit di komuniti blog tidak bermakna kamu lah yang terbaik. Tidak kira betapa kreatif sekali pun kamu, jangan cuba berlagak sebab ada blog yang authornya tidur pun ada trafik. Kelemahan jenis blog ‘berstategikan’ organik ini ialah sekiranya penulisnya deman, blog pun jatuh sakit xD !
Blog yang menggunakan seo sebagai strategy kalau betul-betul pergi buat pun tidak kurang hebatnya. Jangan kamu pandang rendah entri-entri dia yang tidak ada komen, pengunjung blog jangan2 jauh lebih ok daripada kamu punya. Gua pernah meninjau sebuah blog, dia update tanpa mempedulikan feeling gua, sekali saja 10+ entri ! wow ! Kenapa dia perlu buat sebegitu ? Jawapannya gua tolong nyampuk : SEO ! Kelebihan blog yang berpandukan seo sebagai taktik, authornya walau tak hensem, masih tidak menjejaskan blognya yang macho haha !
Trafik organik vs seo siapa akan menang ?
Bagi gua masing-masing ada kelebihan, cuma lihat kamu macam mana untuk memaksimakan bakat kamu dalam blogging (^^) ~
Entah kenapa ada blog yang tiba daripada penulisan sempoi, relax bertukar ke entri berbau copy-cat, hujahan professor lah pulak >.<)” Bagi gua itu merupakan satu langkah yang silap, membunuh pengunjung tetap. Apapun all the best !
P/s : Boring kalau sebuah entri tidak ada gambar kan ? nah - - >

