Taktik buat tajuk mesra SEO
3/06/2010 I Label: Blogging tips
Tajuk entri sangat penting agar dapat menduduki posisi yang baik dalam enjine carian. Sesetengah keyword sememangnya tidak dapat kamu cabar. (tapi dengan cara ini, sekurang-kurangnya kamu tidak ditewaskan sepenuhnya) Misalnya, keyword Preodua Kancil terdapat ramai pesaing di enjin carian namun kamu masih dapat mendapat trafik dengan keyword tersebut dengan menduduki posisi enjin carian yang masih ada orang nampak..
Gua mengemukakan 1 keadaan dulu sebagai contoh :
Kereta Perodua Kancil baru dipasarkan, sehubung dengan perkara itu sudah pasti ramai orang akan mencari maklumat tentang kereta terbaru itu. Persoalannya mampukah kamu berbuat apa-apa ? sebab keyword tersebut sudah semestinya akan didominasi oleh ramai pihak.
Pesaing yang langsung tidak dapat tewaskan :
1) Laman rasmi Perodua yang kemungkinan besar akan menduduki tempat teratas dan sekali gus mengurangkan slot di enjin carian.
2) Bharian, theStar, dan ramai lagi pihak media yang akan mengulas tentang pelancaran panas itu. Rata-rata laman berita online bukan calang-calang pesaing.
3) Forum yang memiliki PR yang cukup tinggi membubarkan niat kamu tidak ‘menyerang’ keyword tersebut ? Jangan marah pengguna forum secara tidak langsung, menyingkirkan link kamu terkeluar dari posisi top 10 enjin carian.
4) Blog lain. Tidak dapat gua bayangkan ada berapa ramai blog yang ‘berPR’ tinggi.
Taktik
Cuba tidak terus membuat tajuk dengan keyword sahaja. ‘Perodua Kancil’ walaupun panas tetapi bukan semua pengguna enjin carian akan menaipnya, ada yang mencari ‘Kancil kereta terbaru Perodua’, 'Kereta terbaru Perodua’, 'Harga Perodua Kancil’, 'gambar kereta baru Perodua’ dan banyak lagi..
Gua masih ingat dengan cara ini, 1 keyword yang berkembang searus dengan trend telah mendapat hint 200+ sehari ke blog. Hal ini demikian telah membuktikan bahawa keyword yang laku pada masa-masa tertentu masih dapat kamu usahakan walaupun terdapat pesaingan yang hebat.

