Surat untuk Perdana Menteri

2/19/2010 I Label:

     Terlebih umur sudah. Contest surat untuk Perdana Menteri gua tidak boleh join. Jadi surat ini kamu baca sajalah.. (dan anggap kamu itu PM ^^)” ~

     Jangan zahirnya sahaja 1Malaysia. Peranan media sememangnya penting tetapi harus tahu sekiranya usaha untuk menerap nilai 1Malaysia dalam kalangan rakyat adalah lebih ‘miskin’ maka kesannya nanti akan menjadi sebaliknya. Apakah ertinya ketika dalam TV bukan main semua kaum berkeluarga 1, tetapi di realiti masing-masing hanya mempedulikan mangkuk nasi sendiri ? Lebih baik jangan bercakap kosong.. pergi tidur lebih nyaman kalau usaha baik menimbulkan kesan yang sebaliknya kan ?

Sesetengah pegawai / role model di bawah pengajaan kerajaan sebagai duri

     Semua orang ‘ber1Malaysia’ ? Orang yang berpendidikan tinggi / berjawatan tinggi tidak dikecualikan sebagai duri. Mereka ini akan sebagai ‘model role’ kepada mereka yang mentah. Satu contoh, seorang guru dalam kelas yang berprejidus terhadap kaum tertentu boleh menyebabkan 1) murid-muridnya tidak menghargai dan keliru akan makna 1Malaysia 2) mangsa, kaum yang ditindas tersebut berasa hampa terhadap seruan 1Malaysia dan jikalau ingin memulihkan keyakinan mereka terhadap 1Malaysia adalah terlalu sukar.

     Satu lagi kes yang benar-benar disaksikan oleh gua > Pengetua sekolah gua (dahulu) tidak membenarkan pasukan bola keranjang untuk mengambil bahagian bertanding di luar atas alasannya semua pemain wakil sekolah merupakan Orang Cina. Kemudian geng-geng semua bising, merungut dalam hati : “kenapa pasukan bola sepak boleh main sedangkan tidak ada seorang pun daripada pemain-pemain yang berbangsa Cina ?” –_-)" Gua berani berkata kalau konsep 1Malaysia dihebah-hebah dalam sekolah, geng-geng dalam hati pasti akan timbul rasa lebih menjijikan..

     Kes seperti ini apalagi sekiranya berleluasa dalam kalangan rakyat ?

 

Keupayaan berfikir sesetengah rakyat masih di tahap yang menyedihkan

     Gua tidak tahu angkaran siapa itu pergi bakar gereja dan buat kacau di masjid. Gua berasa bangga sangat dengan penjelasan PM, bahawa itu hanya tindakan orang yang tidak bertanggungjawab. Namun pendapat kebanyakan rakyat seakan-akan bukan begitu kerana di dunia maya, bukan main hebat bertikam lidah ‘kata’.. Gua bukannya tidak sokong mencoretkan bulletin apabila ada individu yang melemparkan kata-kata tidak sedap terhadap sesuatu agama, tapi kita perlu melihat apakah faedah dan juga kesan yang bakal kita dapat.

     Di situ xxx dihina ; di sana xxxx dikutuk. Disebabkan di situ xxx dihina lalu menangkap gambar sebagai bukti dan membuat entri >.<)” Di sana xxxx dikutuk, dan benda yang sama dilakukan. Sampai bila perkara seperti ini akan berakhir ? Pengajaran seharusnya kita sudah pelajari apabila mengetahui Perang Salib (perang agama) yang pernah berlaku pada masa dahulu. Berpendirian teguh / bertakawal terhadap agama tidak salah tetapi sehingga mengancam ketenteraman sejagat, adakah itu yang kamu inginkan ?

     Bukan dari aspek kadang-kala konflik agama tapi banyak lagi perkara, rakyat kita masih lemah dalam pemikiran.

 

1Malaysia, wajib memakan masa

     ..Sesetengah Kawan di sekeliling terutamanya yang berbangsa Cina tidak biasa sungguh dengan gaya 1Malaysia. Bagi mereka 1Malaysia hanyalah akan terus merugikan mereka. Mereka merungut kenapa hanya kaum Bumiputera sahaja diutamakan, tambahan lagi kes-kes gagal memohon ‘itu dan ini’ menyebabkan mereka lagi membenci kepada konsep 1Malaysia.” Keadaan ini gua tidak merasa hairan sebab ini merupakan penyakit lama. Generasi ke generasi perlu diterapkan fahaman dan kepentingan perpaduan, tugasnya sukar tetapi tidak mustahil =)

     Langkah-langkah untuk mengatasi kesulitan di atas ? Gua tidak tahu banyak sangat ^@^)” ~

Copyright 2010. All Rights Reserved. Theme designed by Eldy voon.