Super blogspot header 2
2/26/2010 I Label: Blogspot tutorial

Tidak lah super mana pun, cuma gua menggunakan apa yang ‘boleh’ dengan sebaiknya. Blogspot header gua dahulu gua gelar ‘super blog header’ xD. Kali ini sudah terbit versi ke-2 pula kah ?
Tidak. Kalau kamu tahu konsepnya, kamu akan ada idea yang baru maka versi ke # 3, 4 dan seterusnya akan dapat dilahirkan (^^) Apapun, gua akan menjawap soalan beberapa orang blogger dalam entri ini tentang super blogspot header 2..
Konsep super blogspot header 2 :
+ ![]()
1. Dua gambar dicantumkan untuk memaparkan seakan-akan menjadi sebuah ilusi yang lengkap.
Gambar itu sudah semestinya hendaklah padan agar sempurna. (tips : 1 gambar dipotong menjadi 2 ^@^) Gambar itu juga telah gua rekakan untuk memuatkan apa yang gua mahu : 1) animated label 2) menu bar.
+ Efek ‘rounded corner’ itu pun fungsi background. Disengajakan di sekeliling gambar yang sebagai background itu sama warna dengan warna background (^^)
2. Bercerita pasal animated label.
Bagi yang tahu buat animated label tapi cuma di sidebar, hairan bagaimana ada benda boleh di dalam header, boleh rujuk balik entri super blog header yang ada gua menceritakan caranya.
+ 1 hack lagi yang gua mainkan untuk label gua iaitu memaparkan 5 entri sahaja untuk keluar apabila label diklik. Boleh rujuk kepada tutorial berkenaan.
3. Bercerita pasal menu bar.
Gua yakin kamu sudah biasa mendengar. Melambak tutorial tentang ini kan ? (namun memang tidak dapat dinafikan, ada yang mengajar itu tidak sedari bahawa mereka perlu lagi banyak belajar >.<)” ..Yang penting kamu tahu akan bagaimana menu bar 'diposisikan’. Dalam super blogspot header kali ini, gua menggunakan satu gambar sebagai background, background yang direka khas untuk memuatkan menu list. List : depan, tentang, hubungi, table of content.. telah dijangkakan akan ada tempat masing-masing..
Sample css menu bar :
#subnavbar{background:url(http://2.bp.blogspot.com/__vfabx6hZtk/S3vReHIosQI/AAAAAAAABs8/JyPcsaymD8Q/s1024/header2.jpg) no-repeat; height:60px; margin:0px; padding: 16px 0px 0px 40px;}
Cuba kamu lihat angka padding menu bar gua, lain kan ? 16px padding ke atas, ~ ~ dan 40px padding ke kiri. Untuk menguasai fungsi padding, kamu perlu berani ubah-mengubah angkanya, dan cuba melihat apa yang akan keluar.. agar kamu faham bagaimana padding memainkan peranan pentingnya (>.^) ! Bak kata orang, experience can be your strength.
4. Lagi tentang padding.


Posisi ‘Jejaktrend’ dan label juga berbeza sebagaimana kamu dapat lihat melalui header dahulu gua dengan super blogspot header 2. Maka padding ini memang harus kamu kuasai ! ha ~
Tidak banyak perubahan sebenarnya daripada versi yang pertama. Kalau kamu faham apa yang gua katakan pada entri super blog header yang dahulu, entri ini hanya sebagai entri memberi idea kepada kamu untuk melahirkan idea yang lebih hebat.
Tips terakhir untuk sekarang dan juga masa depan dalam mahir template blogspot : Main jangan tidak main ! be kreatif jangan hanya tahu salin ! haha ~

