Perisian mengawal anak-anak - MyLastSearch
2/19/2010 I Label: Software
Setahu gua, streamyx ada perkhimatan menyekat pengguna melayan laman-laman tertentu. (faham-faham lah sendiri apakah laman-laman yang gua maksudkan itu) Tetapi masalahnya tiap-tiap bulan perlu membayar lebih. Tambahan pula, manalah tahu seberang pulau sana ada buka beberapa laman pelik yang streamyx belum perasan, apalagi kamu ?! anak-anak kamu yang nakal..
P/s: Siapa ada kacau email box gua ? Subscription terhadap laman software semua hilang, hari ini pergi Taiwan untuk kumpul balik mereke ^^). Hmm, sudah lama tidak bercerita pasal software ini , jom ~
Jadi jalan penyelesaian yang terbaik ialah mengetahui apa yang mereka buka. Pelayar kini sudah mantap dengan private browsing, macam mana ?
1) Boleh pasang kamera tertutup :P
2) Menggunakan perisian : MyLastSearch
Perisian ini dapat merekod sejarah carian 3 enjin carian iaitu Google, Yahoo dan MSN (bing). Walau bagaimanapun, kurang sempurna apabila anak-anak (yang kebanyakannya lebih bijak dalam bidang komputer ini) tahu perangkap ini. Maka ibubapa haruslah berhati-hati dan mengalakkan enjin carian yang popular iaitu Google, Yahoo dan Bing xD
Perisian ini tidak juga hanya bertujuan untuk mengawasi orang, mungkin nama lagu yang kamu pernah cari lupa pula, bolehlah menggunakan benda ini ~

