Hari # 1 - Pilih blog niche
2/02/2010 I Label: Blogging tips
Ini entri pertama, bahan rujukan daripada ebook problogger. Agak lucu penulisan gua dalam series ini (akan ada 31 entri) nanti, sebab seakan-akan gua ini pakar lah.. xD
Apa itu niche ? Niche dapat didefinisikan sebagai sesuatu produk, perkhimatan / projek. Niche merupakan elemen paling asas dan penting dalam memulakan blog. Niche bukan jenama tapi lebih kepada impresi pertama. Niche selain daripada dapat dikesan melalui nama blog, rupa paras blog, personaliti penulis, interaksi antara penulis dengan pembaca, kejenamaan blog.. niche juga kelihatan dengan jelas apabila isi kandungan blog ‘berniche’.
Sebelum kamu memilih blog niche, terdapat beberapa perkara yang harus kamu lalui :
1) Kenal pasti pembaca / bakal pembaca – Kenal pasti berapa ramai / saiz komuniti yang bakal menjadi pembaca kepada blog kamu.
2) Biar jelas – Elemen kecil seperti gaya penulisan, reka bentuk blog dan lain-lain perlu diutamakan agar dapat mengelakkan pendatang baru daripada keliru tentang hala tuju blog kamu.
3) Biar pendek dahulu – Pada peringkat awal tidak perlu menulis terlalu panjang. Isi kandungan biar pendek untuk menampakkan fokus dan point dengan lebih jelas, kualiti entri memainkan pada peringkat awal.
4) Stand Out – Gaya penulisan yang tersendiri
5) Pastikan kamu boleh – Jangan pilih untuk menulis benda yang kamu tidak berapa arif.
Sebuah blog yang mantap dalam aspek niche biasanya apabila pembaca dapat menjawap : Dengan menggunakan 1 ayat untuk memberitahu sebuah blog untuk apa / siapa.


Yeah! Kalau nak dapat duit banyak kena lar pilih niche yang sesuai. :p
entri biar pendek..asal smpi maksud yg nak disampaikan..
out of topic..
got dell..
shoutbox tak moh kuar.~~
Nice sharing..sesuai untuk newbie blogger seperti saya..^^V
@Cik peanut, ..
bila eldy tulis dalam gaya ' formal' peminat lari ke... he he he