Kesilapan baik juga untuk kemajuan

12/28/2009 I Label:

     Tidak pernah ada seorang manusia yang tidak pernah membuat silap dalam hidupnya. Apa yang penting ialah selepas membuat silap itu sekurang-kurangnya pengajaran dalam sesuatu perkara, dapat kita terapkan dan sentiasa mengingatkan diri agar tidak mengulangi kesalahan tersebut lagi.

     Dalam dunia blogging ini pun sama, gua pernah melakukan perkara yang tidak sepatutnya, tapi kembali dengan lebih baik dan lebih matang.. (Gua rasa lah.. haha..)

1) Gua layan spammer di cbox dengan membuatkan satu entri khas

     Dulu gua ingat gua seorang saja yang terkena. Setelah merujuk pandangan dan cara penyelesaian daripada veteran blogger, baru gua sedari tindakan gua itu hanyalah membuang masa dan tidak professional. Gaduh antara blogger pun sama, daripada gua hanya dapat menggunakan perkataan untuk mengumpat kamu, lebih baik gua pergi rumah kamu untuk bunuh kamu terus xD

P/s: Kini tidak lagi panas baran apabila ada manusia yang jahat ke sini :P

2) Pembukaan ruang tamu (guest posting) dihapuskan kerana..

     Guest posting akan menambahkan popuariti sebuah blog dengan hantaran artikel oleh pembaca, jadi gua pun tidak serik-serik mengikuti langkah blog-blog yang berbuat demikian. Pada kemudian hari, gua terpaksa membatalkan niat gua itu setelah mendapat tahu guest posting tidak sesuai untuk blog gua kerana genre tidak sesuai.

3) Gua mencakarkan paras rupa blog

     Ada sesiapa tidak ingin melihat blognya berwajah mantap dan terulung ? Maka gua pun menghabiskan banyak masa untuk menjadinya lebih ‘cun’. Integrasi komen sistem luar (intense debate, disqus dan js-kit) mewujudkan konflik dan menyebabkan komen-komen lesap. Selepas itu barulah gua sedari betapa cuainya diri gua.

P/s: Sekarang tiap-tiap gua kali sebelum mengacau template, wajib download backup terlebih dahulu, juga ‘terbelajar’ cara mudah design template :D

4) Terburu-buru menceburi flash widget

     Gua bersemangat terlalu tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang gempak. Falsh widget yang eksklusif di pasaran negara kita sememangnya mempunyai potensi yang besar. Namun oleh sebab gua tidak membuat persediaan yang rapi dan perancangan yang teliti, akhirnya terpaksa dihentikan apabila menghadapi beberapa masalah yang agak kritikal.

P/s: Gua ingin mengambil kesempatan ini, mengucapkan ribuan terima kasih kepada kak Fadhlullah kerana berminat untuk sponsor gua hosting untuk falsh widget. (walaupun gua menolak tawarannya.)

5) Gaya penulisan yang agak kucar-kacir

     Jikalau kamu membaca balik entri-entri gua yang lama, isi kandungan agak terhad kerana gua belum matang dalam menyampaikan infomasi dengan berkesan. Penggunaan tajuk pun kadang-kala terpesong entah pergi mana..

     Belajar daripada kesilapan, kesilapan baik juga untuk kemajuan :) Selamat membuat silap ya xD

12 Comments :

Aidi-Safuan berkata...

guest posting tuh ape erk?kurang jelas la

Tekkaus berkata...

Tapi saya rasa Eldy memang boleh dikatakan seorang blogger yang hebat! :D

This is .... berkata...

bagus ye penulisan you dalam BM..

Kujie berkata...

semua orang belajar dari kesilapan apalagi bila kita sendiri yang menrasai pengalaman itu.

Mugnkin semua orang akan mengalami kejadian yang sama tetapi bukan semua orang akan membuat tindakan yg sama selepas itu.

Eldy berkata...

@Adi, hantar artikel utk ditayangkan di blog tertentu..

@Tekkaus, lolxxx .. haha ~

Dak Wan berkata...

Uiks? Komentar disquss tak ok ke?

Eldy berkata...

@Dak Wan, disquss kalo sekali pakai x boleh revert back.. gua takut la ~ haha ~

tity berkata...

hello,
what is ur opinion on tumblr.com. ?
coz, i juz moved in to there.

Eldy berkata...

@Tity, when we use shared host (blogspot, wordpress.com, zanga, typepad n many many more), the most worry thing come to our mind is = shall my blog will be collapse one day due to the server down ??

I think blogspot will never let me down because it's belong to google ; wordpress.com is in the rank of 2nd.. Tumblr ? I'm not sure..

tity berkata...

yup,i agree with u. blogspot mmg nvr let me down,but the stalkers do.
haisyh..

a1zudd1n berkata...

betul2..
blajar dr kesilapan

Wan perlis berkata...

manusia tidak terlepas drpd melakukan kesilapan.
kesilapan mendidik dan menyedarkan kita.
Cun lah
Life is SweeT
hope can comment my new entri
http://kemanaarahkita.blogspot.com/2010/01/hidup-berani-untuk-gagal.html

Suarakan pandangan anda yang tersendiri :

Copyright 2010. All Rights Reserved. Theme designed by Eldy voon.