Wahai ads clicker nuffnang

11/28/2009 I Label:

     Air liur gua ditelan tersekat-sekat apabila ada blogger yang cuba meningkatkan kadar klik iklan nuffnang mereka dengan membuat post, memberitahui (sebenarnya merayu >.<)” pembaca blog mereka untuk menekankan butang tetikus pada sesuatu yang mereka tidak semestinya suka. Sesetengah lagi pula dengan slogan di sidebar : Must click ya !  - - > Cara ini TIDAK berkesan sepenuhnya !

     Alasannya yang cukup ringkas : Nuffnang ditubuhkan oleh seorang yang tidak bodoh. Nuffnang ada sistem yang khusus sebelum nuffnang ditubuhkan lagi.. Boss nuffnang sudah semestinya lebih tahu apa yang anda tahu. (Gua percaya syarikat iklan yg lain yang wujud pun sama, mereka lebih pintar daripada kamu =P)

     Buktinya gua ada \ (^_^) /

1. Satistik klik nuffnang gua ternyata meningkat berbanding dengan masa lampau yang gua bergeng dengan member2 ads clickers. Pengunjung baru yang datang dari enjin carian dipercayai menyumbang banyak setelah gua menggunakan cara yang betul > SEO untuk mengumpan mereka jejak ke blog ini ~ (Kelak gua akan berkongsi pula trick n tips SEO)

2. Kawan (yang gua tegur dia tapi dia masih degil) membina kommuniti ads clickers tapi selepas itu seolah-olah geng-geng dia tidak klik untuk dia. Dia mula merungut, begitu juga dengan yang lain-lain .. Mereka lalu melalui MSN berchat mengenai isu tersebut. Gua percaya akan keikhlasan mereka layan iklan di blog masing-masing namun persoalan iaitu Nuffnang kira ke tidak klik yang dilakukkan oleh orang yang sama dilihat merupakan jawapan kepada kenapa kadar klik tidak meningkat walau ada ramai bro yang menyokong. Akibat daripada itu, group itu tidak lagi aktif sekarang ~

3. Kenapa tidak ada yang dapat berjaya dengan sistem seperti itu ? Bayangkan betapa hebatnya aliran kommuniti ads clickers. Kalau kumpulan seperti ini terdapat 500 member yang serius, maka salah satu blog daripada mereka paling tidak pun akan mendapat 400 klik sehari. Jumlah kadar klik tentu akan menjadi lebih dahsyat sekiranya sesampai tempoh sebulan. Mimpi indah seperti itu hanyalah sebuah mimpi. Sebabnya > rujuk balik kenyataan hjiau di atas / belajar semula kenapa anda boleh diberi $$ oleh nuffnang (>。^) ~

     Bagi mereka yang masih tahyul akan kegunaan atau keberkesanan sistem ads clcikers, gua no komen. Teruskan lah usaha sia-sia anda yang gua juga pernah menggunakan cara sia-sia anda bersama rakan-rakan yang sia-sia pada suatu masa yang dahulu menyebabkan banyak masa kami menjadi sia-sia xD

25 Comments :

hellioz berkata...

yeah
winrar...
aku bru2 ni jmpe nuffrangers...
lolz~
aneh2 je...

intanurulfateha (◡‿◡✿) berkata...

.haha i x de lah rajin sgt pegi semua blog klik nuff die, suruh klik mine back
.rse mcm useless
.ntah doang klik ntah x
.i x rse nuffnang sebodoh tu akan bg org earning money dgn hanya 1 klik
.at least kene bce btul2 iklan tu
.ni my opinion je
.mcm i, i juz sabar
.biar lah earning sikit
.x perlu nk gelabah knp nuffnang x naik2 pdhal bru letak seminggu dua
.hehehe

.eh terpanjang plak comment ;)

Lizz berkata...

hehehe, aku care lak..aku xkan caye sangat manusia2 kat shoutbox yg ckp dh klik, dh klik. sorry lah. kite jd manusie kene bijak.wakakaka.

aku klik pd yg aku rs btul2 die klik. ade lah carenya :)

e l d y berkata...

@Lizz, ha betul tu ! kalo betulx2 klik pun belum tentu duit kan masuk.. sebab org yg sama jer tiap-tiap hari pergi kacau..

samalah kita, kalau betul2 berminat baru pergi klik ^@^

Sharinginfoz berkata...

tak kisah le apa yang penting happy.. bosan2 singgah le sini ya

cik EPAL berkata...

hakkk...menjadi lumrah dah ini trend...semua nak cepat kayoooo :D

kenwooi berkata...

hmm.. interesting..
must share the SEO tips with us =)

kenwooi.com

angeldream berkata...

Klik adv sebagai compliment leh kot :D haha

:angeldream:

lazaac berkata...

lucu tgk perangai blogger mcm tu... lucu siot... nak terburai perut... siap buat komuniti lagi... haha... mcm komuniti peminta sedekah beb... biar la org yg ikhlas nak tekan iklan tu tekan, wat pe nak paksa2 ni... hohoho... lucu2... low minded people...!

theeggyolks berkata...

Ya! I don't believe in those ads clickers community! Look at kenny sia! He earns thousands from nuffnang, did he join those community? I believe if we want to earn from the ads, we must make sure our blog is interesting and our readers will automatically click our ads :)

Clicked yours!

nurul berkata...

layan je,, klu diorg dtg n gtau gitu.. g je klik balik kalau time free.. rasanya mcm klik tu xdtgkan ape2 sgt pun.. kna round2 n baca2..

apepun, diorg klik ke tak ke.. terpulang pd diorg.. sbb diorg masuk je pun ade sumbgn ckit :)

e l d y berkata...

@Kenwooi, ok ok..

@Lazaac, jgnlah sindir mereka, takut mereka buat kacau blog ini pula xD hahaha !

@Nurul, setuju 200% dgn ko !

azizwan(dot)com berkata...

huhu.. aku pun tak tahu knp depa beriya-iya nk ber-exchange klik.. klau seorg dua tu maybe nuffnang bg la juga. tp klau dah 50 blogger dpt klik yg sama dr 50 blogger yg sama (faham kan?), mestilah ada something kat situ yg membuatkan nuff tak teragak-agak utk tdk mengambil kira klik tersebut. kan dah menyusahkan diri sendiri di situ. huhu..

satu je nasihat aku, klau rasa baik hati dan rajin sangat main klik-klik ni, apa kata pergi klik ads yg ada kat zonartis.com tu.. gerenti berbaloi-baloi. hahahaha..

p/s: aku ada gak main xchange click ngan member2 tp tak ler smpai pd tahap keterlaluan (kot?) :D

Framestone berkata...

he..23x selamat l;a nuffnang nie xbodoh untuk membandkan insan2 seperti ini... klu tidak he..23x

www.broframestone.com

apLe dE gadiZ berkata...

ak ta de nuffnang..
tp mmber ak sebulan dpt rm230 sll cmgituh..
dorg ade geng nuff..
ak pun tarak fhm..
woooooo

ZZZManZZZ berkata...

eldy ask me to click last time... wahhaha but no use la... now stop le... the money oso stuck there...

e l d y berkata...

@ZZZManZZZ, ya ^^ u antara geng dulu-dulu yang naif >.<)"

ProPiTo berkata...

urm, nuffnang ni da banyak orang gune..
aku aku tobat tak nak suruh orang klik2..biarlah rasa hati orang nak klik or tak..hurm

Hidayah Baik berkata...

hahaha nuffnang aku kat page tu hiasan je. lawa ape? biarla orang tak klik pun wakaakaaa

a1zudd1n berkata...

klo org klik..
ak klik je balik...
org bebudi kite bebahase..
xd la..bjuta2 kali dlm seari..
skli 2 tu bese la..
ttp slh ke??

Eldy berkata...

@a1zudd1n, salah tu bro, perjanjian telah dilanggar seperti yang dijanjikan dgn nuffnang ketika mula-mula kita sign up.. lagi pun etika berbudi bahasa pula bkn begitu kerana tindakan tu pd masa yg masa telah merugikan pihak publishers ^^

botaq berkata...

advertlets jugak best bro... bia laaa payment lambat sampai sekali pun.. tapi tetap dapat payment gak...

a1zudd1n berkata...

@eldy..oo..
ok2..tq gtau..

eKyN berkata...

oh.laaa yeke...
baru aku taw org yg same klik tu ttap income xmsuk..
tp byak lak aku tgk org duk visit chatbox konon klik r nuff tu..sok nye org y same...kire da jadi hobi lak..

Ahmad Syazwan B. Ahmad Tarmizi berkata...

cukup menyampah bila ada yg datang blog aku suruh klik nuffnang.
sory la beb.
geng klik ni dah ada kod.milo ais satu.entah apa2

Suarakan pandangan anda yang tersendiri :