8 cara untuk melambakkan idea menulis

11/02/2009 I Label:

     Tidak ada seorang pun blogger yang tidak pernah ketandusan idea untuk mengemas kini blog mereka. Inspirasi bukannya datang bergolek, isu hot bukannya selalu ada, buntu lagi apabila tiada perkembangan menarik berlaku di sekeliling..

8 cara membantu memecah kebuntuan dan menghasilkan sebuah artikle yang mantap :




1. Tulis untuk pembaca – Kongsikan sesuatu yang kamu sebelum ini tidak pernah mendedahkan kepada mereka. Kamu mengenal pasti selera pembaca dengan mengadakan poll.

2. Menyelesaikan masalah pembaca – jangan komen lepas itu ‘chao’. Cubalah tuliskan satu entry berpautkan pandangan dan pengalaman berhubung masalah yang dihadapi oleh pembaca / kawan blog.

3. Letakkan diri anda dalam entri – "..selepas gua baca satu entri hebat, lalu bersemangat buat entri ni utk mengajar orang wei !..” – Blogging mistake yang serius ialah penulis blog langsung tidak pernah mengenalkan dirinya dalam blognya.

4. Biarlah ringkas – Jangan tiba-tiba kepala timbul satu idea lepas itu bersemangat untuk menaip, namun entri itu sebenarnya pendek sahaja. Maka akan kamu memanjangkan cerita dengan kata-kata kosong. (cuba mencari sub-point untuk menambah jumlah perkataan entri tapi bukan dengan kata-kata kosong.)

5. Mendorong pembaca berfikir – Jangan kamu menyatakan terus pandangan dan kemudian buat ending dengan pelbagai penyokong dan pendirian. Kadang-kala sebuah topik yang bagus dibawa bincang akan menjadi rencana kamu semata-mata pula.

6. Kontra antara entri-entri – Semua post kalau panjang-panjang sudah semestinya menggalakkan pembaca membaca perenggan terakhir entri, maka pentinglah menghidangkan pembaca pelbagai variasi, tidak kurang panjang entri-entri.

7. Tiru style blogger yang lain – bukan ‘lu pikir la sendiri’ / 'I dan you’ tapi struktur dan gaya penulisan. Cth: pembahagian perenggan, cara memulakan entri, dan idea-idea bagaimana menutup entri.

8. Mengambil masa memikirkan tajuk – 'dinner’, 'jalan-jalan’ atau 'kenapa’ = Itu antara tajuk yang pasti gua tidak akan klik untuk menyibuk. Kadang-kala kita memang berminat hendak berkongsikan sesuatu, tapi cuba berfikir juga bagi pihak pembaca, adakah mereka dapat menerima tajuk kamu ~

Kredit kepada : writetodone.com

11 Comments :

Tekkaus berkata...

Yeah! Same. Saya tulis saje apa yang saya nak luahkan. Tapi kebelakangan ini saya ada posts tetap. :D

Hidayah Baik berkata...

setujU!!!!!!

R.K berkata...

nice tips untuk melambakkan idea menulis ni.
err ape kene mengena idea menulis dengan tajuk?
hehe..tips untuk meramaikan pembace perhaps?

nice blog anyway!!

e l d y berkata...

@Fiffy n Eins, terpulang kpd individu.. kalo ikut professional punye advise dari writetodone.com, ada pantang larang semua tu la..

@R.K, gua rasa logik ar, sebab pembaca kan everything utk sebuah blog.. syok sendiri kan x best ? ha !

kusut berkata...

sangat interesting. thanks for the post ye.

cybernetic88 berkata...

aku tulis ikut ske hati aku je. yg pntng aku happy. muahhaaha. btw nice tips la bro!. 5 star!. hee

touyakaruma berkata...

Waaa bagus juga ko nie erk ?

e l d y berkata...

@touyakaruma, lolx .. tu puji ke sindir ? hahahaha !!

Tanpa Nama berkata...

kena practise selalu baru boleh dapat gaya penulisan yang baik dan idea2 yang menarik. Betul tak?..
King of the insects~'KingKumbang'

EiNS berkata...

Tulis apa yg kamu minat...yg penting penulisan kena ikhlas dan berkualiti...baru pembaca suka :)

lizz berkata...

tips untuk aku jugak ni!!! thanks wei

Suarakan pandangan anda yang tersendiri :

Copyright 2010. All Rights Reserved. Theme designed by Eldy voon.